Wednesday, 30 March 2011

PERTEMUAN  SINGKAT DENGAN SEORANG TEMAN BAIK YANG BARU DIKENALI

Kesiannya…itu je yg dpt saya lafaz kan berkali-kali bila dengar cerita dia. Ada riak sayu pada matanya semasa dia bercerita tentang sejarah perit hidupnya. Masa dia kata, “sedih ingat kisah susah di masa lalu….”, saya tak sanggup lagi tanya ape2 walaupun  ikutkan hati mahu saje saya mintak dia ceritakan satu persatu. Cukuplah penderitaan yang dia tanggung. Saya tak mahu menyentap selera makan tengaharinya dengan mengorek kisah silam yang penuh dengan kepahitan. Dia masih muda, tapi bicaranya penuh kedewasaan. Pada masa itu jugak terdetik di fikiran saya, mana-mana lelaki yang sudi menyapa hatinya pasti tidak akan sukar membentuknya untuk menjadi seorang isteri yang baik & taat pada suami kerana pintanya tak banyak. Dia cuma perlukan teman dan kasih sayang yang telah hilang di awal usia remajanya.

“Mak saya meninggal masa saya di tingkatan dua….” Tenang dia mengukir kata-kata.

Masa tu mak umur 49 tahun, demam biasa je. Saya anak ketiga dari 10 org adik beradik, ada dua orang kakak dan tujuh orang adik lelaki yang masih belajar. Paling kecik umur lima tahun…..”

Kening saya mula berkerut menahan rasa simpati, cuba membayangkan sukarnya dia melalui takdir itu. Dan dia sambung lagi,

“Bila mak meninggal, ayah mengalami kemurungan yang panjang. Dia selalu bercakap sorang-orang, masih tak dapat melupakan arwah mak. Ayah jugak ikut jejak mak, meninggal dunia tak lama lepas tu. Saya dan adik-adik bahagi2 tinggal dengan kakak. Tapi kakak2 pun bukan org senang. Arwah ayah dan mak tak tinggal ape2 utk kami adik beradik. Ayah nelayan je dan mak mengajar ngaji quran kanak2 kat kg…” Laju je tutur katanya seperti tiada kepayahan pun di situ, sempat lagi dia senyum lebar di akhir percakapannya.

“…tapi Alhamdulillah, saya diberi anugerah sedikit kepandaian dlm pelajaran, lepas SPM saya dpt masuk matrik. 2 minggu lepas register & kelas bermula, saya terpaksa ponteng kuliah untuk habiskan kerja sambilan yang saya lakukan sebelum menerima tawaran ke universiti,. Kalau tak sambung kerja sampai akhir bulan, saya tak dpt gaji untuk belanja di universiti…”

Sedihnya….namun berkat kesabaran dan ketekunannya menimba ilmu pengetahuan, dia sekarang selesa dengan kedudukannya. Memegang jawatan sebagai guru di salah sebuah sekolah termuka, memiliki sebuah kereta yang memudahkan dia bergerak ke sana sini sudah cukup melegakan. Lebih dari itu, dia  sedang bertungkus lumus menghabiskan pengajian peringkat sarjana separuh masa.

Saya kagum, betul2 kagum dengan semangat yang dia ada. Itu lah, dalam hidup ni, kita sebenarnya tak punya banyak alasan untuk berusaha mengukir kejayaan. Cuba bandingkan, sukarnya jalan yang dia lalui dengan kemewahan yang kita kecapi. Alhamdulillah, takdir tuhan sememangnya adil. Syukurlah dengan ape yang kita ada. Rezeki masing-masing sudah menanti walaupun jalan menuju kearahnya mungkin berbeza-beza. Ada orang tak perlu susah untuk mendapatkan sesuatu. Sebut je dah ada depan mata. Ada orang kena usaha sikit baru lah dapat. Ada org kena susah payah baru boleh merasa. Semua itu ada hikmah di sebaliknya. Justeru kita jangan bangga dengan ape yang kita ada kerana semua itu milik tuhan, sekelip mata segalanya boleh diragut dari kehidupan kita…

Di akhir perbualan, saya cuma mampu tinggalkan doa utk dia, semoga berjaya dan diberikan jalan kemudahan.  Dia menyatakan rasa bahagia dapat berkongsi kisah hidupnya dengan saya. Saya juga mengucapkan syukur kepada tuhan kerana mempertemukan saya dgn dia, mendengar ceritanya yang sarat dengan keperitan sungguh menyedarkan saya betapa saya sebenarnya terkadang alpa dengan rezki dan rahmat tuhan buat saya. Terima kasih ya Allah. Jadikan aku dari golongan hamba2 Mu yang mensyukuri nikmat mu…amiiin.  

Wednesday, 23 March 2011

JASA AYAH YANG TIDAK TERNILAI

Maksud hadith Rasulullah: “Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga perkara:
1. Sedekah jariyah,
2. Ilmu yang bermanfaat, atau
3. Anak soleh yang mendoakannya”
–HR Muslim
Setiap kali terbayang pada arwah ayah, aku selalu teringat pengertian hadith di atas. Rasanya ayah memenuhi hampir semua kriteria yang disebut dalam hadith ni.
Pertama: sedekah jariah.
Sepanjang ingatan aku, ayah memang suka bersedekah. Kalau aku ikut ayah ke Kota Bharu, ayah selalu bagi duit pada pengemis a.k.a tok pakir. Dulu, Bandar Kota Bharu ramai sgt tok pakir. Aku takut betul kat they all ni coz bg aku tok pakir tu sama ertinya dgn org gila dan kalau yang perempuan tuanya pulak aku selalu ingatkan nenek kebayan. Selalunya they all ni berbaju lusuh dan agak tua.
Selain dari itu, ayah selalu bagi derma baju sekolah dan buku-buku kepada murid-murid yang susah dan tak mampu. Masa tu ayah bertugas sebagai guru besar di Sekolah kebangsaan Paloh Pintu Geng, Sekolah ni merupakan sekolah pertama aku. Masa umur 6 tahun ayah dah bawak aku masuk darjah satu. Keadaan sekolah ni masa tu amat dhaif. Tandas pun takde, hehe aku selalu buang air kecil dalam semak je. Nasib baik paip air dah ada. Yang kelakarnya masa darjah satu aku pernah sakit perut dan terbuang air besar, cirit. Aku bukannya reti nak basuh sendiri, kesian rosnani, kawan aku anak razak banggali yg jual roti dengan basikal tu, kena tolong cebok aku. Malunya bila ingat kisah dulu…Tak lama lepas tu baru ada tandas yang sempurna. Murid-murid kat sekolah tu memang dari keluarga miskin. Boleh dikatakan 95% ibubapa terdiri dari penoreh getah dan petani. Aku ingat lagi ayah selalu tolong keluarga Sabri Deraman, satu kelas dengan aku. Sedih sangat bila terkenangkan keluarga dia ni. Rumah dia betul-betul dalam hutan tepi sekolah. Bila mak dan ayah dia keluar g menoreh, kat rumah cuma tinggal adik perempuan umur 5 tahun, lepas tu ada lagi pulak adik dia yang kecik berumur 3 tahun. So yang 5 tahun akan jaga yang umur 3 tahun tu. Siyannya…Aku selalu dengar ayah duk citer ke mami, ayah simpati sangat2. Aku pulak selalu bangga bila tengok Sabri Deraman bawak beg sekolah yg kak Huhu dan kak Haha dah pakai, ayah  yang bagi. Baju2 pun ada jugak ayah bagi kat dia. Masa tu aku tak reti nak simpati lagi, tambah2 aku pulak anak guru besar. Tak de siapa pun berani kacau atau cuit aku. Ish, spoil jugak aku waktu tu…Yg aku tahu pagi2 sebelum g sekolah, if mood aku tak elok, aku akan mengamuk, kena pulak kuih utk brekfes tak kena dengan selera aku, lagi aku mengamuk. Bukan mengamuk teruk pun, setakat tarik muncung dan jawab acuh tak acuh je bila mami tanya. Ayah tak pernah kata ape pun bila aku buat perangai. Habuan yang aku dpt masa mengamuk selalunya datang dari mami. Habis biru paha aku kena cubit.  Sakit wei!!! aik, dah lari topic la pulak. Sambung citer ayah balik…, pagi2 on the way nak g sekolah, ayah selalu berhenti kereta ambik murid2 yang kena berjalan kaki ke sekolah. Balik dari sekolah pun macam tu jugak, kereta Fiat putih ayah, DA 938 tu memang selalu sendat dgn murid2 sekolah. Aku kadang2 rimas jugak. Ei, terukla aku waktu tu. Tak reti menilai erti kesusahan dan keperitan yang mereka lalui. Yang aku tahu, turun dari kereta ayah yang angkat beg sekolah aku ke kelas, alasannya berat dan aku malas nak bawak. Bila balik pun, ayah yang akan angkut beg ke kereta. Ish, memang menyampah sgt kat aku sendiri bila aku ingat balik.
Ape yang nyata, ayah memang suka tolong org, tak kira la org susah or org yang dalam kesusahan. Ayah tolong tanpa cakap banyak. Kawan2 aku selalu puji, “ayah awak baik sgt ...” aku ingat lagi masa nak isi borang application masuk uia. Ada 3 org kawan aku tumpang kereta ayah dari sekolah ke pos ofis. Ayah tolong they all isi borang mana yang tak lengkap, (borang aku ayah dah isi siap2 lagi kat rumah, tulisan ayah cantik sgt…) Ayah jugak tolong they all tulis address kat envelope termasuk wang pos pun ayah yang bayar semua. Kawan-kawan aku rasa terhutang budi sgt pada ayah waktu tu.
Kedua: Ilmu yang bermanfaat
Sebagai guru, ayah selalu bagi nasihat pada murid-murid. Dalam banyak-banyak nasihat, aku selalu teringat 3 pesanan ayah. Ayah tak de la cakap direct dgn aku, tapi aku selalu dengar bila ayah sembang dgn kawan2 dia atau dgn mami. (1) kita kena selalu bersabar, tuhan tu selalu dgn org2 yang bersabar. (2)  kalau kita mintak ape2 tapi tuhan tak bagi, kita jgn kecewa atau marah kerana mungkin tuhan akan bagi benda lain yang lebih elok lagi atau tuhan akan bagi apa yang kita mintak tu kepada anak dan cucu kita besok. (3) kalau kita jadi guru, jgn tengking, marah or cakap benda2 yang tak elok pada anak2 murid, kerana anak2 murid kita mungkin akan jadi orang yang lebih berpangkat dari kita suatu hari nanti.
3 pesanan ayah ni lekat kat kepala aku sampai hari ni. Aku selalu pesan pada diri aku untuk bersabar menempuh ape jua cabaran dalam hidup ni. Then, aku selalu cuba untuk tidak berputus asa bila doa aku tidak disahut tuhan kerana aku tahu tuhan maha adil dan maha mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. (sori, bkn nak memuji diri sendiri tapi cuba apply ilmu yg ayah pesan…) And now, bila aku dah jadi pendidik, aku cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 murid aku walaupun tidak sebaik ayah.
Ketiga: anak yang soleh
Aku bukan nak mengaku aku ni anak yang soleh tapi jasa ayah kerana hantar aku belajar di sekolah agama tidak ternilai harganya. Alhamdulillah…aku syukur sgt2. Sekurang-kurangnya, aku ada basic ilmu agama dan faham bila aku baca kitab Allah – al-Quran. Ingat lagi ayah bagitahu mami, sekurang2 nya bila aku sekolah agama, aku boleh baca yasin dengan betul bila they all meninggal dunia nanti. Now, setiap kali teringatkan arwah ayah, aku akan hadiahkan bacaan yasin selain dari rutin setiap malam jumaat. Tiapkali lepas solat fardhu dan sunat, aku selalu doakan supaya tuhan jadikan aku anak yang soleh supaya doa aku sampai kepada ayah di sana. Amiiin.

Saturday, 12 March 2011

KENANGAN TERINDAH BERSAMA ARWAH AYAH

(1) TENGOK WAYANG CITER LUCU
Masa aku masih sekolah rendah, darjah dua atau tiga, lupa dah. ayah ajak aku pergi ke Kota Bharu. Aku suka sgt setiap kali boleh ikut ayah kemana-mana. Mami tak ikut. Rupa-rupanya ayah nak repair kereta. Repair or servis aku tak sure la. Lepas tinggal kereta kat wokshop, ayah tahan teksi roda tiga. Aku pun naik je duk sebelah ayah. Ingatkan nak g mana, ayah pun tak bgtahu ape-ape. Aku tanya jugak, tapi belum sempat ayah jawab, teksi dah berhenti. Dekat benar rupanya. Teksi berhenti depan panggong lido ie panggung wayang paling famous kat Kota Bharu time aku kecik-kecik dulu….ayah beli tiket, citer omputeh. Ayah kata citer lucu. Tapi before masuk ayah siap pesan, jangan bgtahu kat dua org musuh aku kat umah tu. Teringat lagi ayah kata “kalau adik bgtahu kak Huhu dan kak Haha, ayah tak nak bawak tengok wayang sampai bila2…” Aku angguk, sikit pun tak gerun coz masa ayah cakap tu, ayah just bisik kat telinga aku dan muka ayah lebar dengan senyuman. Sikit pun tiada kekerasan pada suara ayah.. Lepas tgk citer, ayah ambik kereta dan kami pun balik rumah. Masuk aje rumah belum ape-ape, bila nampak muka dua orang tu, aku dah start buat sengih-sengih. Siap gelak-gelak lagi coz aku teringat scene citer lucu yang aku tengok tadi, yang bestnya, bila aku gelak, ayah pun gelak sama….bila kak Huhu & kak Haha suspect aku pergi tengok citer lucu tu kat panggong wayang, aku dengan angkuhnya citer semua. Yang paling best, ayah sikit pun tak marah. Ayah tak remind langsung pada ape yang dia dah pesan kat aku. Itu lah ayah, tak pernah marah dan selalu cool.

(2) PEN MAHAL
Time tu, mami kalut sgt3 coz kak Huhu dapat offer ke new Zealand. Boleh dikatakan setiap hari keluar shopping barang-barang yang kak Huhu nak bawak ke sana. Dan setiap kali itu la aku pun ikut jugak. Aku ingat sekali tu, g shopping kat supermarket Pantai Timur. Masa nak pilih barang, mami selalu jalan dengan kak Huhu. Aku ni macam tak wujud, jalan sorang2 kat belakang. Bila pilih dan beli barang pun, semua barang kak Huhu. Rupa-rupanya ayah perhati dari jauh. Ayah pun tak join dua beranak tu pilih barang. Masa aku tengok2 pen dalam almari kaca, ayah terus dtg kat aku. Ayah terus suruh aku pilih mana yang aku berkenan dan bagitahu “ayah belanja…” aku ingat lagi aku pilih pen warna keemasan, ada bentuk keris kat cover dia. RM10 harga pen tu, mahal la utk budak sekolah macam aku pada zaman itu. Ayah terus ambik & bayar. Aku rasa hepi sgt tapi mami dgn kak Huhu tak sedar pun ape yg berlaku. Aku sayang sangat pen tu dan terus bawak g kelas tusyen keesokan harinya. Tapi aku biasa la…leghey. Bila balik rumah, pen tu dah tak de. Aku rasa jatuh masa aku turun kereta. Bila ayah tahu, ayah terus ajak aku g beli pen yang sama. Aku rasa benci sgt ke aku waktu tu…..lepas ambik aku dr kelas tusyen, ayah terus ke supermarket Pantai Timur, ayah tunggu dlm kereta je dan bg aku duit RM10 utk beli pen yang sama. Ayah tak marah sikit pun bila aku dah hilangkan pen. Terima kasih ayah kerana selalu bersabar dgn kerenah aku dan tak pernah marah ke aku….

(3) TENGOK BOLA – PAGAR KAYU STADIUM KENA ROBOH
Dari umur 5 tahun, ayah selalu bwk aku teman dia tengok bola. Ayah bukan takde kwn, ada je org kampung tumpang, arwah mat nor meksah yg jual surat khabar tumpang, arwah pokpa tumpang dan semua la yg nak tumpang ayah bwk. Yang selalu tumpang ayah, arwah pok pa. dia ni memang minat bola sungguh2, org panggil dia pokpa bola, coz bila bola gol, dia akan bangun perah kopiah dua tiga kali & pakai balik. Dalam poket baju melayu dia ada banyak kopiah. Dia selalu berbaju melayu dgn kain pelikat. Tak pernah pakai seluar panjang. Kelakar betul, satu stadium kenal dia. Bila aku tanya ayah nape dia perah kopiah tiap kali bola masuk gol, ayah kata dia nak suruh bola masuk gol lagi.

Tapi walaupun dah ramai geng tgk bola, ayah tetap bwk aku, betapa special nya aku rasa… Yg bestnya, ayah selalu pergi awal semata-mata untuk singgah kat kedai utk beli bekalan makanan ringan dan air minuman utk aku. Setiap kali tgk bola, mulut aku tak berhenti tanya itu ini dan ayah tak pernah sekali pun marah walaupun pertanyaan aku sedikit sebanyak mengganggu konsentrasi ayah masa tgk bola. Aku selalu suggest kat ayah utk sokong pasukan mana walaupun aku bukannya faham sgt dan takde la minat sgt bola. Ayah layan je.

Ada satu peristiwa lucu masa ikut ayah tengok bola, entah pasukan mana yang lawan, tiket semua habis. Masa tu stadium Kota Bharu amat dhaif, pagar yang ada pun cuma kayu papan. Kitorang semua tak boleh masuk. Ramai yang berdiri kat luar, frust coz taklih tengok bola. Dulu mana ada skrin besar mcm now, Penonton yang ada kat luar masih tak berganjak, bola dah nak start. Tetiba, semua penonton yang tak dapat tiket secara serentak meluru ke pagar kayu dan patahkan sambil melaung perkataan “peghutuuuh…!!!” (runtuhkan…!!!). Semua pakat cabut pagar dan berlari masuk ke stadium. Polis pun terkejut sampai tak tahu nak buat ape2. Last2 polis biar je. Bila ayah lalu depan polis, polis kata “masuk la tgk…” we all pun masuk tanpa tiket pun. Yg paling lucu, tindakan penonton pecahkan pagar memang serentak. Takde pulak ketua yg kata “on your mark, get set, go!”, takde pulak yg kira “satu, dua tiga…” itulah idealnya org Kelantan, selalu bersatu hati dlm tindakan, sehati sejiwa dalam ape2 tindakan, nekad & berani. Nasib baik they all robohkan pagar kayu tu, kalau tak entah bila stadium tu nak dinaiktaraf mcm now.


(4) TENGOK BOLA LAGI – GAS PEMEDIH MATA
Ada sesuatu berlaku yang buat aku taklih lupa sampai hari ini dan bermula saat itu jugak aku jadi serik nak g stadium tgk bola. Apa yang aku masih ingat, masa perlawanan sedang berjalan, tetiba semua penonton pakat berlari turun kerumun kat padang. Aku dah terkejut dan taklih fikir ape sebenarnya yang berlaku. Aku terus pegang tangan ayah dan tanya, kenape? Mengape? Ape? Ayah kata referee berat sebelah. Serius suara ayah. Pun aku masih tak faham ape yang berlaku. Tetiba bunyi berdentum dua tiga kali dan padang dipenuhi asap putih berkepul2. Penonton kat tengah padang bertempiaran lari. Aku semakin takut dan panic, masa tu jugak aku nampak polis tembak ke padang. Masa tu ayah bangun pegang kuat tangan aku dan ayah kata “Bahaye ni, gas pemedih mata…!” Aku nampak penonton di padang semua meniarap atas padang nak halang dari gas masuk mata. Ayah bawak aku turun dan masuk ke dalam longkang besar tepi padang untuk elak dari terkena gas. Aku dah nak menangis. Lepas tu ayah tarik aku keluar dan meluru ke pintu keluar. Kat pintu keluar, semua orang berasak-asak memanjat pintu untuk keluar coz polis saja tak bukak kunci pintu besar. Aku dah menangis ketakutan. Ayah angkat aku dan laung dengan kuat kat pemain2 bola yang dah melompat keluar. “Sape nak tolong sambut anak saya?” kuat suara ayah dan aku jadi semakin takut yang amat coz aku tahu situasi memang bahaya. Ape yang aku fikir peperangan sedang berlaku waktu tu. Tapi semua pemain2 bola yang masih berjersi bola pakat berebut2 nak tolong sambut aku. Baik betul they all. Ayah angkat aku tinggi2 melepasi pintu pagar dan hulur ke seorang pemain bola.dia sambut aku dan terus bawak aku ke bilik air sebelah. Dia nak bukak baju dan mandikan aku. (sampai now aku tak faham lagi kenape la mamat tu beria2 nak mandikan aku, tapi aku rasa dia pun panic tak tahu nak buat ape dan dia nak mandikan aku coz aku dah terkena gas pemedih mata, so dia takut bahaya. Kalau aku tahu sape dia, aku nak sgt g jumpa dia dan ucapkan terima kasih coz tolong sambut aku masa ayah hulur aku dulu…) Aku menangis panggil ayah. Risau takut ayah taklih panjat keluar pagar. Lepas tu ayah datang berlari ambik aku. Ayah dukung aku, bila melintasi seorang anggota polis, ayah jerit kat polis tu “saya balik hantar anak saya sekejap, nanti lepas ni saya akan datang lagi!!!” keras dan kuat suara ayah. Aku masih tak faham. Bila aku tanya, ayah bisik kat telinga aku, “Polis jahat, tembak gas pemedih mata tapi tak bukak pintu untuk penonton keluar.” Aku terus jawab, “Nanti ayah tumbuk polis tu ye…”, ayah angguk. Hehe, yang lucunya, keesokan harinya, bila aku tanya ayah dah tumbuk ke polis yang lepaskan gas pemedih mata, ayah terus tunjuk tangan dia, ayah kata tangan dia dah bengkak coz dah tumbuk polis. Aku percaya betul2 walaupun tangan ayah tak bengkak pun. Bagi aku waktu tu, ayahlah hero dan pelindung aku no 1. Lepas kejadian gas pemedih mata tu, aku x pernah lagi ikut ayah g tgk bola, ayah pun jarang sgt ke stadium tgk bola.

(4) TAK LALU MAKAN
Masa kecik2 setiap kali aku tak lalu makan, ayah akan bawak g picnic kat PCB coz ayah tahu aku suka sgt berkelah mkn nasi kat tepi pantai. Bestnya, dulu aku suka nasi kuning makcik Yah yg jual tepi kaki lima bangunan sebelah Panggong Lido. Kalau aku tak sihat atau demam, ayah org yg pertama akan tanya aku rasa nak mkn ape. Bila aku bgtahu, ayah akan usaha belikan jugak. Masa nak ambik SMU, aku tak lalu sgt makan nasi, susah hati coz banyak yg nak kena hafal. Ayah siap beli nasi kuning sepanjang malam aku ada paper exam SMU dan ayah makan sama-sama dengan aku. Ayah siap bg semangat supaya aku habiskan nasi kuning satu bungkus. Ayah kata, “periksa periksa jugak, tapi adik kena makan…” last2 habis jugak nasi satu bungkus aku makan.



(6) MASA AKU NAK AMBIK SPM
Masa nak ambik SPM, aku selalu nak stay up mlm2. Selalunya aku tidur dulu lepas tu bgn lagi utk study. Tapi aku ckp dengan mami, mlm2 aku takut nak bangun study coz sunyi semua org dah tidur. Aku pulak tidur dengan combi yg selalu suka ngigau marah2 org masa tidur mlm. Silap2 aku pun dicubit2 nya sekali masa ngigau. Seram betul aku dgn minah tu. Tu belum citer bila dia panas sgt masa tidur, boleh histeria aku tgk fesyen pakaian dia masa tu.

Ada satu mlm, aku bgn jugak, bila aku bangun, aku dengar suara TV kat luar bilik. Rupa2 nya ayah duk tgk TV. Bila aku tanya mami, nape ayah bgn tgk TV mlm2. Mami jawab ayah bangun coz nak temankan aku study. Aku study kat dlm bilik, ayah tgk TV kat luar….boleh dikatakan minggu2 dekat dgn SPM, ayah akan bangun mlm tunggu aku study sambil tgk TV. Ayah akan tidur smula bila aku pun dah tidur. Ayah tahu dan faham aku takut nak study sorang2 sebab tu ayah teman kat luar bilik. Terima kasih ayah kerana selalu buat semua benda utk aku tanpa aku mintak pun.

(7) MATRIK – DUIT SYILING HABIS
Aku call guna public phone. Zaman aku kat matric takde lagi handphone. So, kena la g beratur nak call umah. Public phone pun satu je utk satu blok. Kadang2 rosak, duit syiling tak masuk. Ada sekali tu aku tak berapa cukup syiling. Bila aku call umah, ayah yg jawab. Aku terus bgtahu ayah yg duit dah nak abis. Maksud aku duit syiling yg aku dah masukkan dlm public phone tu dah nak habis, so nanti line akan putus. Belum habis lagi ayat aku, terus ayah jwb “nanti ayah masukkan duit dlm bank adik esok…” aku gelak, hehe ayah, ayah….dia ingat duit belanja aku yg dah abis. Itu la ayah, selalu nak bagi semua barang sebelum aku mintak.

(8) LANGKAWI
Masa cuti semester, tahun tiga di UIA, aku dan geng g holiday kat langkawi. Oleh kerana terlalu kalut dan nak cepat, aku tak sempat nak draw duit kat atm. Masa tu akaun aku kat bank bumiputra. Aku ingat kat langkawi tu adalah atm nanti. Sampai2 sana, punya la peghak langkawi masa tu, satu bank bumi pun takde, yg ada BSN dan pos ofis. La….abis macamane…? Masa geng2 shopping aku dah start putih mata. Padan muka aku yg selalu management fail. Last2 aku call umah, mami jwb. Punyala kalut dia berleter kat aku. Saje cari susah dia kata, ada duit tak draw siap2. Bila aku ckp dgn ayah, ayah gelak je dan siap bgtahu aku jgn risau, esok ayah akan hantar duit melalui telegram ke pos ofis pekan kuah langkawi.aku rasa lega dan senang hati sgt dengar suara ayah yg cool je. Esok tu, aku g pos ofis, ambik telegram & duit RM250 ayah kirim. Banyak jumlah tu utk 19 tahun dulu…terima kasih ayah kerana selalu tolong aku masa aku dlm kesusahan. Ayah selalu jadi penyelamat masa aku dlm kesulitan.

(….TO BE CONTINUED)

Masa ayah meninggal, aku rasa separuh jiwa aku pergi... Itula kali pertama aku rasa sedih sgt2 dlm hidup dan banyak air mata aku tumpah meratapi pemergian ayah. Ralat coz banyak lagi rasanya jasa ayah yg tak sempat aku balas. Masa ayah sakit pun, aku taklih tolong sgt coz aku sendiri baru lepas opret. Baru hari ni aku rasa maksud esei bahasa inggeris aku masa kat matric dulu bertajuk “The Person Whom I Admire The Most.” Masa tu aku citer pasal ayah dan jugak yg aku tokok tambah supaya esei aku jadi sayu dan syahdu. Esei aku Mr Zawawi puji abis dan siap suruh aku present kat kelas. Sayang, aku tak sempat bagi ayah baca….

Hingga ke saat ini, aku boleh tahan airmata dari mengalir bila ada sesiapa menyakiti hati aku, aku tak kisah pun….tapi aku tidak pernah dapat menahan airmata dari mengalir laju setiap kali terkenang dan rindu pada kemesraan & kenangan2 indah bersama ayah. Lama aku ambik masa untuk memahami bahawa tidak semua lelaki dan suami sama seperti ayah. Tempoh masa yang lama itu telah menyedarkan aku bahawa ayah hanya satu antara seribu. Al-fatihan, moga ruh ayah tenang di sana, dengan kebaikan dan jasa yang ayah abadikan sepanjang hayatnya di dunia, aku doakan kebahagiaan milik ayah yang hakiki di alam abadi…sesungguhnya janji Allah itu benar. Amiin.