Monday, 10 October 2011

Cerita Tentang Dia…


Perkenalan yang terjalin sejak di kampus, saya mengenali dia bukan setakat seorang teman yang baik, malah lebih dari itu... dia sudah saya anggap sebagai seorang kakak yang cukup saya hormati. Peribadinya begitu terpuji, sopan santun dan lemah lembut setiap kali berbicara. Bukan itu sahaja, namanya sentiasa tergolong dalam senarai teratas calon pelajar yang cemerlang akademiknya. Saya antara orang yang selalu minta diberi tunjuk ajar dan dia tidak pernah lokek berkongsi ilmu yang ada. Dia benar-benar seorang teman sejati yang selalu susah senang bersama dan sering menghulur bantuan tanpa dipinta.

Wajahnya cantik, putih bersih dan sentiasa tenang dan menenangkan setiap jiwa yang memandang. Dia sering diintai lelaki yang ingin mencari  kekasih hati, mengidamkan seorang suri yang mithali. Memang dia selayaknya dipuji begini kerana kesempurnaannya dalam segenap segi….walaupun dia yang saya kenali tidak pernah bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki…

Biarpun sekian lama, begitu sukar hatinya terbuka untuk mana-mana lelaki yang mendekatinya, akhirnya dia tewas juga. Saat itu, saya dan teman-teman berbisik sendiri, alangkah bertuahnya lelaki itu lantaran berjaya mengukir nama di ruang hatinya. Kesetiaan yang dipamerkan benar-benar lahir dari hatinya yang ikhlas. Dia betul2 seorang teman sejati dan berpegang pada janji. Cinta dan kesetiaannya begitu tulus untuk sang lelaki, kekasih hati. Pengorbanan demi pengorbanan dia relakan, pintanya cuma satu, semoga segala mimpinya berakhir indah dengan kekasih hati. Dan dia selalu doakan dan nantikan saat indah itu, doa teman-teman pun turut sama mengiringi dan merestui, semoga dia dan kekasih hati bersatu akhirnya.

Namun, tiada siapa sangka, tiada yang dapat meneka…tragisnya sebuah kesudahan. Yang ada cuma sebuah persoalan: mengapa sekejam itu dia ditinggalkan? Saat terukirnya detik itu….seluruh jiwa raganya persis diragut pergi. Tanpa penjelasan, dia ditinggalkan dalam sejuta kekaburan. Bukan sahaja dipinggirkan keseorangan, malah kekasih hati dengan mudahnya membina mahligai dengan perempuan lain di saat cinta dan janji-janji yang baru terucap lewat hari kelmarin masih segar dalam ingatan. Bicara sayunya pada saya dalam redup mata seorang kekasih yang tidak pernah berdosa:

“Semalam, kami masih setia menyemai cinta pada ranting-ranting hari…tiada yang tidak sempurna pada janji kami. Semuanya tersusun rapi, ikatan kami tenang dan aman, tiada angin yang mengocak kedamaian, tiada taufan yang membadai ribut…tapi kenapa mudahnya kenyataan ini menerpa….semurah itukah harga sebuah cinta?”

Saya cuma mampu menemaninya, memapah dia untuk berdiri dan tidak punya bicara yang selesa untuk menghalang airmata nya dari terus mengalir. Lelaki, mengapa disapa hati perempuannya, jika hanya ingin biarkan dia sendiri begini? Mengapa diusik jiwanya yang sunyi, jika hanya ingin dinodai kesetiaanya yang benar-benar tulus dan suci? Mana harga sebuah cinta, bila seluruh jiwa raganya dibiarkan meratap sedih…? Deritanya dia waktu itu, tuhan sahaja yang maha tahu….sukar utk saya gambarkan perasaannya kerana saya tidak pernah diuji begitu. Tapi hakikatnya, terlalu lama dia meratapi pemergian dan kehilangan kekasih hati yang satu…hanya yang satu. Dia benar-benar rebah dan lemah dalam keseorangan meratapi perpisahan dan keterasingan.

Kesian dia…. Meronta-meronta berjuang memujuk hati yang lara dan kecewa. Dia masih terpinga-pinga, mencari apa silap yang ada….sehingga ke hari ini, jawapannya tetap samar. Biarpun saat ini, dia sudah miliki sebuah kehidupan yang bahagia dan sempurna, bersama anak-anak dan suami tercinta, jauh di  sudut hati, kisah derita itu masih menghantui. Dan dia simpan sendiri setiap rahsia, semuanya masih rapat terkunci…..

Semoga kekuatan sentiasa bersamanya, semoga rumahtangga dan hidupnya senantiasa dilingkari kebahagiaan yang hakiki, jgn ada lagi cerita derita di hujung hari…amiiin.


Tuesday, 4 October 2011

MIMPI TENTANG RINDU.....

Pagi yang dingin, di saat saya ingin membuka mata untuk bangkit solat subuh, terasa agak sukar dan seperti terjahit kedua-dua belah kelopak mata. Bila sentuh pipi, rasa basah kedua belah pipi. Ada airmata rupanya…..mimpi sedih benar agaknya malam tadi. Cuma saya masih tak mampu mengingati peristiwa apa yang mengundang rasa sayu hingga mengalir airmata. Sudah sekian lama, jarangnya air mata ini mengalir, itu tandanya hidup saya sentiasa ditemani kebahagiaan, Alhamdulillah…

Masa air wudhu pertama membasahi muka, saya tetiba rasa sayu. Masih berusaha mengimbas kembali apa yang saya alami dalam mimpi sebelum azan subuh tadi. Semuanya masih kabur dan berbalam2. Saya solat subuh, selesai solat subuh, wirid dan doa, saya duduk bertafakur sejenak. Ada rasa rindu sebaik sahaja saya cuba mengingati mimpi tadi. Satu-satu adegan dalam mimpi cuba saya kutip dan cantum kembali…

‘Bermula dari bilik study, hampir siap semua tugasan tapi malam semakin tua, sunyi pun mengundang sedikit rasa ketakutan. Lalu saya kemas semua barang-barang untuk pindah ke bilik tidur utama. Tangan cuma ada dua, tapi banyak pula barangan hendak dipegang dan bawa. Saya angkat laptop sebelah tangan, pegang handphone dan buku-buku dengan tangan sebelah lagi. Masa melangkah keluar, wayar laptop terjatuh….susahnya saya terpaksa terbongkok2 tunduk, masa tu saya nampak ada tangan tolong angkat wayar laptop yang panjang dan berikan pada saya, dengan cermat wayar itu diletakkan atas laptop supaya ianya tidak jatuh lagi. Lalu saya tak jadi tunduk. Ada rasa lega bila ada yang mahu membantu….bila saya dongak untuk melihat tangan siapakah yang menghulurkan bantuan tanpa dipinta…saya nampak dalam kabur… wajah arwah ayah, seperti biasa dengan tenangnya tersenyum ke arah saya. Wajah itu yang sentiasa saya rindukan sejak 4 tahun dulu. Wajah itu yang sentiasa mengundang rasa sebak dalam setiap doa-doa saya lepas solat. Tanpa sepatah kata, tanpa secalit bicara….mimpi itu pun berhenti di situ’

Itulah jawapannya untuk airmata yang mengalir…untuk sebuah mimpi yang sedih, mengundang kerinduan yang tak pernah padam.

Pagi itu benar-benar meruntun rasa sayu. Selesai al-waqiah, saya terus sambung baca surah al-fatihah dan yasin untuk hadiahkan kepada arwah ayah. Semoga Ruhnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amiiin…

Sunday, 7 August 2011

HARGA SEBUAH KEMAAFAN

Kali pertama saya jumpa dia, tengah agak sarat menunggu hari. Sempat berkenalan dan bertanya usia kandungannya dan untuk kali yang ke berapa. Lemah lembut gerak gerinya dan satu-satu ayat jelas keluar dari bibirnya yang manis menjawab pertanyaan saya. Nampak ada riak keletihan di wajahnya yang putih bersih, mengusung perut dengan kudrat tubuhnya yang kecil molek. Perkenalan sepintas lalu tidak menterjemahkan apa2, cuma apa yang mampu saya simpulkan dari tutur katanya, dia seorang yang baik, sopan dan tidak suka meninggi diri. Saya selesa berbual dengannya, komunikasi antara kami seimbang….nyatanya tidak seorang pun di antara kami yang memonopoli perbicaraan, saya tanya, dia jawab, dia tanya saya jawab….kami sama-sama saling berbicara dan sama2 jadi pendengar yang baik.

 Lalu namanya lekat di hati saya dan bilangan insan yang bernama teman bertambah dalam list kamus hidup saya. Tidak lama lepas itu, dia cuti bersalin. Saya juga terdengar dari jauh cerita mengenainya. Semuanya yang baik-baik belaka, dia anak perempuan sorang, sulung, ibu kepada dua orang anak. Lebih hebat lagi, dia anak orang berada, pernah tinggal di US mengikut ayah ada tugasan di sana. Alangkah sempurnanya hidup dia saya kira.

Selepas tamat tempoh pantang, dia kembali bertugas. Banyak ruang utk saya dan dia bersua muka, duduk semeja, makan bersama. Cuma ada satu cerita yang membuatkan saya agak tersentak. Dia seorang ibu tunggal. Lebih dari itu, ibunya mengidap breast cancer. Saya hanya mampu menarik nafas panjang, melepaskan keluhan yang berat.

 Hari berlalu, hubungan kami agak rapat. Dari perbualan biasa beralih kepada isu yang lebih peribadi. Sedikit demi sedikit dia bercerita kisah perit hidupnya pada saya. Suami yang paling dia cintai dan taati telah mempersiakan kesetiaan dan kepercayaannya. Terbongkar rahsia melalui emel, dia yang bijak bertindak cuma perlu meneka password emel suami dengan menggunakan nama anak-anak untuk menggali semua luahan kasih sayang antara suami dan perempuan itu. Luluh hati membaca setiap patah perkataan yang selalunya diucap suami kepadanya, juga digarapkan untuk perempuan itu. Dengan tenang dia berbicara:

“Terketar2 tangan saya membaca setiap emel cinta mereka kak….saya print out semua dan tunjukkan kepada suami…saya soal dia kenapa, apa salah saya…Alasan suami cuma satu, saje nak start a new life with someone else…”

Tak cukup dengan itu, dia, isteri yang tidak berdosa dituduh suami mengganggu privacynya… Waktu itu, dia cuma ada tuhan, airmata  dan kekuatan untuk teruskan hidup.  

Apa yang saya kagumi, selepas insiden itu dia tetap jalankan kewajipan seperti biasa sebagai seorang isteri.. Biarpun, ikutkan keadaan, dia mampu hidup sendiri, dia ada rupa, ada kedudukan, ada harta dan ada pendapatan yang stabil.  Dengan tenang ujarnya lagi:

“Saya masak macam biasa…pernah sekali saya masak masakan yang suami suka, dan saya tunggu dia balik makan sampai tertidur di meja makan..bila suami balik, dia kata dah kenyang, dah makan kat luar, pastinya dengan perempuan itu….lalu saya kemas semua makanan yang dah terhidang sorang-sorang dalam kepenatan menunggu hari untuk melahirkan ...”

Dalam keletihan mengusung perut semasa mengandung zuriat kedua, sempat dia mengatur pertemuan dengan perempuan itu ditemani anak sulung yang masih belum mengerti ape2. Perbualan yang berlangsung tanpa unsur ketegangan, perempuan itu bijak menepis semua kekeliruan dan fitnah dengan baris bicara yang lembut tersusun. Ceritanya pada saya:

“Perempuan itu tidak mengaku dia bercinta dengan suami saya kak…dia kata dia tak pernah ada hati dengan suami, suami saya je yang tergila-gila kan dia….tapi bila saya cek emel2 mereka lepas tu, semua bicara tetap sama, semua ayat-ayat cinta dan sayang masih di situ…”

Satu luahan sayunya yang masih terkesan di hati saya bila dia dengan tenangnya menceritakan:

“Suami dah tegas mahu ceraikan saya, tapi saya merayu pada suami, mintak saya jgn dilepaskan dulu, lagipun masa tu saya cuma tunggu masa untuk melahirkan saje. Saya cadangkan pada suami, temankan saya masa melahirkan, lepas baby keluar, tgk dulu muka baby, then baru buat decision samada nak ceraikan saya atau tidak…”

Bagi saya, ayat-ayat itu terlalu mahal untuk keluar dari mulut seorang isteri yang telah disakiti hatinya….ayat itu tidak harus diucapkan oleh seorang isteri yang baik seperti dia….namun sayangnya, bicara setulus dan seikhlas itu cuma dipandang remeh oleh sang suami. Ketulusan hati seorang isteri tidak pernah dihargai. Dan dia meyambung lagi:

“Suami bersetuju dengan cadangan saya. Suami temankan saya sepanjang masa melahirkan, bila baby selamat dilahirkan, suami mengalirkan air mata. Saya rasa lega dan saya kira itulah airmata keinsafan dari dia. Lepas bersalin, saya berpantang di rumah mertua untuk mengambil hati suami. Selepas tempoh berpantang, saya kembali ke rumah kami. Rupa2 nya suami masih tegas mahu meneruskan niat untuk ceraikan saya. Akhirnya, demi perempuan itu, talak satu dijatuhkan juga ke atas saya dan saya ditinggalkan dengan dua orang anak kecil yang belum mengerti apa-apa.”

Alangkah tulus dan tabahnya hati seorang isteri seperti dia. Pada setiap penceritaan kisah episod bekas suami dan perempuan ketiga itu, tidak sedikit pun terzahir riak dendam dan marah pada patah perkataan yg diucapkan.  Suaranya tetap lembut dan halus, tiada nada kasar dan benci. Dia memang seorang isteri yang terlalu sempurna untuk disakiti hatinya, dicalari kesetiaannya.

Sepanjang musim2 terasing dia dengan bekas suami, semua terpaksa diuruskan sorang-sorang, dua anak yang masih kecil dan seorang ibu yang sedang bertarung nyawa melawan kanser. Mujur dia ada maid untuk ringankan beban yang tergalas di bahunya sebagai anak perempuan sulung. Dua adiknya semua lelaki. Sempat saya menziarahi ibunya di wad, dia sorang2 menemani sehingga ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Hidup perlu diteruskan. Sehingga dia sudah kering hati dan airmata. Hikmah Allah ada di mana2, selepas hampir 2 tahun berpisah, bekas suami dtg merayu dengan sejuta penyesalan. Menuntut peluang kedua dari dia, isteri yang telah ditinggalkan dengan kealpaan. Dia tegas, mengunci semua pintu dan menutup semua ruang kosong untuk mengukir kehidupan kedua bersama bekas suami. Dia benar-benar terluka, terluka dan terluka.

Namun bekas suami tidak pernah lelah berusaha. Mengirimkan kembali kata-kata cinta yang semua sudah lenyap, mengukir sejuta penyesalan, menghargai setiap pengorbanan isteri yang tidak pernah berdosa, menyedari dia sememangnya isteri yang tidak dapat ditandingi kesempurnaanya. Sewaktu dia dengan sinisnya membaca, mendengar dan menghayati setiap kata-kata dan ayat-ayat indah dari bekas suami, setiap kali itu dia tersentak memikirkan masa depan anak2 yang masih kecil, masih dahagakan kasih sayang seorang ayah. Ketegasan hatinya sedikit terusik, mengundang dilemma antara ego seorang isteri yang pernah dilupakan dan nasib anak-anak yang semakin rapat dengan ayah mereka. Sedikit kebuntuan terpapar pada jiwanya dalam bicaranya pada saya:

 “Kak, ikutkan, hati saya dah kering. Walaupun bekas suami tak penah berkahwin dengan perempuan itu, saya sudah tiada  sekelumit pun perasaan untuk memberi peluang kedua. Cuma saya fikirkan anak-anak yang semakin rapat dengan bekas suami. Anak-anak yang masih kecil itu selalu mahukan saya dan suami jalan bersama mereka, keluar membeli belah bersama, tgk wayang bersama….Saya buat semua tu demi kebahagiaan anak-anak, hanya mereka harta yang saya ada di dunia ni kak….hati saya dah tak ada secalit pun perasaan cinta dan sayang pada dia…”

 Cuma semakin hari, penyesalan di hati bekas suami semakin jelas. Pantang dia dan keluarga dalam kesusahan, bekas suami cepat membantu. Pantang dia suarakan sedikit keinginan, bekas suami sepantas yang mungkin memenuhi. Semua gelagat itu mengundang ketawanya setiap kali dia bercerita kepada saya.

Hampir setahun berlalu, bekas suami benar-benar menzahirkan keinsafan. Dia juga pernah cuba merisik khabar dari teman-teman lelaki bekas suami, jawapan dari mereka juga pasti, bekas suami benar-benar telah berubah corak hidupnya. Benar-benar ingin kembali mengutip sisa-sisa cinta yang bertaburan dan menagih kemaafan dari seorang isteri.

Dalam masa yang sama, saya tahu ramai lelaki yang ingin menemani keseorangannya, dia masih muda, punyai dua orang anak tidak pernah merampas kejelitaan dan kemanisan wajahnya. Memang dia punyai wajah yang cantik dan  bentuk tubuh yang menarik! Saya nasihatkan dia, istikharah jalan terbaik.

Bila dia ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran selama 3 tahun di luar Negara, bekas suami juga berusaha untuk mendapat tawaran yang sama di luar Negara, tempat yang sama. Semasa dia bercerita tentang solat isktikharahnya, katanya dia masih belum rasa ape2. Cuma ceritanya kepada saya:

“Ayah mendesak saya untuk kembali bersatu….kata ayah, bekas suami dengan ikhlas meminta izin untuk hidup bersama saya sekali lagi…kata ayah lagi,  senang hati dia melihat saya dan anak-anak ada org jaga masa kat luar Negara nanti. Saya jawab pada ayah, saya cuma risau, pengalaman perit masa lalu kembali terukir. Ayah nasihatkan saya, perkara yang lepas itu dugaan dan takdir, kita masih punya doa untuk menghadapi masa depan. Kita doakan yang baik2 dengan tuhan…”

Hari berlalu, kekalutan tugas dan kesibukan masing2 menyebabkan saya jarang bersua dengan dia. Semasa dia terbang ke luar Negara, saya juga tiada di bumi Malaysia. Bila semua dah reda, dia titipkan emel kepada saya. Hati saya turut berbunga bila baca khabar tentang dia:

“Ye kak, saya kahwin balik dengan bekas suami. Mulanya nyaris tak jadi tapi itu lah jawapan untuk istikharah saya. Hikmah Allah memang nyata kak, kini dia suami saya yang paling baik. Dia suami yang sama, Allah telah kembalikan dia kepada saya, dan tidak pernah sekalipun saya ungkit perbuatan nya lewat musim keterasingan kami dulu. Alhamdulillah…”

 Selepas dua tahun, saya sempat menziarahinya di luar Negara, dia sedang megandung anak ketiga. Jelas berbeza riak wajahnya semasa mula-mula kami bersua sewaktu dia sedang mengandung anak kedua dulu. Tubuhnya sedikit berisi berbanding dengan dulu. Riak mukanya lebih bercahaya. Dia lebih ceria, bicaranya mesra dan senantiasa ditemani suami yang amat bertanggungjawab, menjaga dan menemaninya serta sama-sama menguruskan anak2. Saya pasti dia benar-benar isteri yang bahagia!

Allah itu maha adil, keadilanNya nyata untuk sesiapa yang boleh melalui takdirNya dengan tenang, sabar dan redha. Dia isteri yang baik, Alhamdulillah, Allah telah kembalikan seorang suami yang ‘baik’ kepadanya. Saya teruja setiap kali terkenang kisah episod suka dukanya. Permulaan yang keruh dan kusut telah berakhir dengan kejernihan. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amiiin.














Thursday, 7 July 2011

KOMEN ATAU NASIHAT?

Kesunyian malam menggamit segala peristiwa yang terukir di siang hari. Lalu saya teringat pada sesuatu yang kurang menyenangkan lewat petang semalam. Seorang kawan dengan selambanya kata pada saya,

“Jangan terlalu baik dan lembut, nanti orang susah nak hormatkan kita, nanti orang senang pergunakan kita…”


Saya tidak pasti samada itu adalah komen atau nasihat. Tapi secara warasnya saya masih boleh bezakan di antara nasihat dan komen. “Nasihat” lahir dari keikhlasan dan hati yang tulus. Kata-kata nasihat tepu dengan kelembutan, iramanya penuh mendamaikan dan aromanya mampu menyejukkan hati yang panas dan penuh celaru. “Komen” pula lebih lantang, ada unsur kekerasan pada nada kata-kata yang berbicara. Justeru, saya lebih yakin kata-kata yang tersembur dari mulut kawan saya tadi adalah satu “komen” kerana tonasinya terlalu keras. Lebih dari itu, kata-kata tersebut keluar dari mulut seseorang yang mempunyai karakter yang agak tegas dan ada masa-masanya garang. Nyatanya, saya boleh terima nasihat yang ikhlas tapi bukan komen yang lantang dan sinis. Lalu saya terus jawab:


“Ini karakter asli yang Allah anugerahkan kepada saya dan saya amat selesa dengan cara saya. Saya tidak kisah apa yang orang akan buat atau ambil kesempatan pada saya, janji saya tahu harga diri saya dan di mana saya harus berdiri. Prinsip saya cuma satu, kalau saya buat baik dan selalu tolong orang, saya tak pernah harap orang akan buat baik jugak atau tolong saya balik…tapi saya cuma doa semoga Allah permudahkan perjalanan hidup saya dan tolong saya semasa saya memerlukan pertolongan….”


Ayat itu mati di situ walaupun ikutkan hati mahu saja saya berbicara dengan panjang lebar. Tapi cukup lah yang zahirnya terucap begitu, selebihnya saya boleh coret dan luahkannya di sini. Luahan melalui bicara hati lebih memberikan kepuasan dari berbicara melalui kata-kata. Untuk kawan tadi, saya cuma ingin tinggalkan pesanan begini:
 
“Dalam hidup ini, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri. Tidak perlu habiskan masa komen karakter orang lain sedang perlakuan sendiri masih belum tentu terpuji. Siapa kita untuk perlekehkan orang lain dan kita seharusnya tidak perlu menjadi “orang lain” untuk sebuah kehidupan...."

Sunday, 12 June 2011

SURATAN TAKDIR YANG HARUS DIREDHAI….


Alhamdulillah….itu saja yang mampu saya lafazkan…Walaupun keputusan yang terpaksa saya ambil waktu itu terlalu berat dan mungkin paling menghampakan bukan sahaja untuk saya tetapi juga untuk semua insan yang rapat dengan saya… tapi saya yakin dengan berpandukan munajat dan istikharah saban malam, itulah takdir tuhan yang terbaik untuk saya.  Justeru itu saya tidak perlu memujuk hati kerana perasaan kecewa tidak pernah bersarang sejak keputusan itu terpaksa saya pilih, akhir dan muktamad.
___________________________________
Setelah 2 kali menjalani pembedahan atas alasan yang sama ie endometriosis, akhirnya gynae menasihati saya untuk menjalani total hysterectomy atau tabhso (atau dalam bahasa yang mudahnya pembedahan membuang rahim) setelah penyakit itu kembali bertandang di seluruh  bahagian dalam dan luar rahim saya untuk kali ketiganya.

Kali pertama penyakit ini dikesan semasa saya di awal pregnancy. Gynae terpaksa menunggu sehingga usia kandungan saya 4 bulan untuk membuat pembedahan mengusir gumpalan darah cist yang bertaburan di sekeliling janin yang baru satu bulan berdenyut nadinya dalam rahim saya. Saya jalani pembedahan pertama dengan penuh kerisauan kerana kata gynae kandungan saya mungkin gugur akibat pembedahan itu.  Teringat lagi pertanyaan pertama saya kepada nurse sebaik disedarkan setelah selesai proses pembedahan, “how’s my baby?” Alhamdulillah, kandungan saya selamat dan endometriosis berjaya dipisahkan dari rahim saya tanpa menyentuh kedudukan janin yang masih lemah beristirehat di dalam perut saya  sewaktu pembedahan itu. Saya kemudiannya selamat melahirkan baby 5 bulan selepas itu melalui kaedah ceaserian kerana kedudukannya yang transverse lie (songsang melintang).

Setelah umur anak saya setahun 8 bulan, endometriosis kembali menyerang tetapi kali ini lebih serius. Setiap kali period, saya rasa sakit separuh mati. Tiga hari yang paling kritikal saya hanya mampu terbaring di katil dan kesakitan yang teruk sehingga memaksa saya muntah dan pitam. Sakit yang berlarutan sehingga seminggu. Pain killer dan ponstan menjadi teman baik saya walaupun ianya hanya melegakan untuk tempoh waktu 4 jam sahaja. Tidak cukup dengan pil dan suntikan dari perubatan moden, saya ikhtiar pelbagai rawatan alternative, semua air akar kayu yang pahit sudah saya telan, senaman chi qong….semuanya mampu melegakan tapi ujian ultrasound tidak menunjukkan keputusan yang positif. Justeru memaksa saya untuk jalani pembedahan kali kedua.

Lapan tahun berselang, tetiba symptoms yang sama saya alami lagi. Ujian ultrasound mengesahkan endometriosis saya lebih severe. Semasa gynae menyebut “…better remove the whole things, I’m afraid that it may turn to be CANCER…” Perkataan terakhir itu mengocak kerisauan saya. Untuk memuaskan hati, saya refer second opinion, pun sama jugak nasihatnya. Semasa berita ini saya sampaikan kepada suami, dia juga yakin dengan nasihat gynae. Walaupun cuba disorot, saya dapat mengesan ada mendung di wajahnya…”Hanya seorang zuriat sahaja untuk kita?” saya suarakan dengan nada kecewa. Lantas jawabnya:

“Cukup lah, sekurang2 nya kita masih punya zuriat. Kita boleh hidup dengan kasih sayang yang berpanjangan….kita terima amanah Allah untuk satu-satunya pemberian yang paling berharga ini. Syukurlah dengan hanya seorang zuriat. InsyaAllah, hidup kita tak akan sunyi kerana dia ada antara kita…Sebuah kebahagiaan itu lebih penting dari kesakitan…”

Saya amati kata-katanya dengan penuh rasa selesa dan bahagia. Ada ketenangan sebaik ayat-ayat itu menyinggahi telinga saya. Terima kasih tuhan, walau seribu kekurangannya yang selama ini senantiasa zahir pada pandangan saya, dia tetap anugerah yang paling sempurna untuk saya. Dia yang sentiasa meniup kekuatan dan keyakinan untuk saya dan seterusnya sentiasa mengiringi saya sepanjang perjalanan ini. Dia teman yang paling setia dan pengubat segala duka. 

Akhirnya, saya jalani pembedahan itu.  Pembedahan keempat untuk saya. Sehari selepas pembedahan, gyane yakinkan saya bahawa keputusan yang saya ambil benar-benar tepat kerana imej endometriosis pada ovary dan uterus saya yang dikeluarkan betul2 mengerikan.

Alhamdulillah, selepas pembedahan terakhir itu, saya tidak pernah rasa kekurangan malah lebih selesa. Kesan sampingan yang selalu saya dengar dan juga baca melalui internet tidak pernah saya alami sehingga ke hari ini. Saya juga tidak perlu mengambil pil hormon HRT. Empat tahun selepas pembedahan, saya sihat walafiat. Tiada kesakitan yang selalu menjadi igauan ngeri setiap bulan. Saya bebas dari pain killer dan ponstan.

….Untuk semua yang senasib dengan saya, redhai lah dengan takdir Allah untuk kita, kerana setiap yang tersurat itu terlindung sejuta hikmahnya.  Terima kenyataan dengan tenang dan yakinlah bahawa sentiasa ada nur di sebalik kegelapan seumpama adanya warna-warna pelangi di sebalik tangisan hujan dan mendungnya awan. InsyaAllah, ketenangan akan menjadi milik kita jika sentiasa berpuashati dengan takdirNya. Syukur Alhamdulillah, bisikkan selalu “Ya Allah, sesungguhnya aku redha dengan takdir Mu….amiiin.”

Sunday, 22 May 2011

SUATU PERJALANAN YANG TELAH SELESAI

Masa mula-mula register untuk buat Phd dulu, saya antara yakin atau tidak, betul ke tindakan saya? Apakah saya benar-benar layak untuk memulakannya sedang ilmu cetek di dada. Lebih merisaukan bila dengar citer dan pengalaman mereka yang dah melaluinya…semuanya akan bermula dengan tarik nafas atau melepaskan suatu keluhan yang panjang sebelum memulakan perbualan. (now, saya sendiri pun terbuat macam tu bila cakap pasal Phd). Tapi saya pegang pada satu prinsip yg disampaikan oleh seorang profesor, “Phd is 90% work hard, 10% intelligence...” So, kena work very hard untuk berjaya dapatkan Phd, intelligent atau tidak tu nampak macam tak relevan sgt untuk perjudian ini, i.e kalau bijak macamane pun tapi kalau ada sikap malas memang susah jugak nak habiskan. So, if dah nekad untuk buat phd, prepare to strive hard!



Pengalaman Phd cukup satu pakej. Semua perasaan sudah saya lalui. Paling rasa takut dan tergugat bila di awal-awal Phd dulu, saya ada terima komen2 seperti “tukar topik la, susah tajuk tu… “ or “tukar topik la, susah nak dapat material buat area tu…”  kata-kata itu cukup utk membuatkan saya pening separuh hari. Tapi saya nekad coz saya tahu ape yang saya buat. Bukan nak bangga diri tapi dengan pengetahuan yang saya ada berbekalkan semangat dan keyakinan aungerah dari Allah, saya teruskan juga dengan tajuk saya, tambahan pula supervisor pun tak kata ape. So, saya ikut cakap sorang kawan saya, “jgn dengar cakap orang, a successful PhD depends a lot on a having a good relationship between you and your supervisor, so dengar ckp supervisor!” Alhamdulillah, hasilnya 3 tahun 4 bulan (1 kali extension) saya siapkan dengan sempurna penulisan tesis saya. So, pengajaran nya di sini, kalau nak pilih tajuk or area Phd, kita sendiri kena tahu ape yang kita buat. Pilih tajuk yang kita betul-betul tahu dan yang penting area tu kita memang minat. (bayangkan nanti 3 tahun kita nak absorb tajuk tu dalam kepala …..boleh muntah kalau tak minat). Orang lain boleh bagi komen, susah ke , tak sesuai ke tapi at the end of the day kita sendiri yang menentukan. Setengah orang bukan tahu sangat  tapi terlebih rajin nak bagi komen, ada pulak yang tahu sikit-sikit tapi macam dah tahu banyak pasal ape yang kita nak buat. Orang macam ni memang menensionkan dan tak payah layan sangat, tak kemana phd kita nanti.



Saya amat bersyukur kerana sepanjang masa “hidup” dgn Phd, saya telah menempuh suatu laluan yang boleh dikatakan tidak terlalu sukar walaupun tidak saya nafikan ianya amat2 mencabar. Saya katakan tidak begitu sukar kerana banyak faktor. Keluarga yang banyak menyokong. Saya boleh peruntukkan banyak masa utk Phd. Ada suami yang begitu memahami . Saya tak perlu particular bab2 masak or sediakan baju2 nya. Tambahan pula saya tak de maid.Semua dia boleh uruskan dan dia betul2 faham betapa pentingnya peruntukan masa saya utk Phd. (Bab-bab ni taklih citer banyak sgt nantikan ada yang nak termuntah…hehe). Family lain pun selalu support saya. Saya masih ada ibu yang selalu mendoakan kejayaan saya. Ada kakak, kawan dan jiran yang selalu tolong cek grammar thesis saya. So, the idea that “phd is a lonely job…” tidak begitu tepat dengan keadaan saya. Ada kawan2 saya yang menempuh cabaran getir, bercerai dgn suami masa buat Phd, terpaksa berpisah dengan suami dan anak2  coz buat Phd kat over c dan suami tak boleh ikut, suami main kayutiga, suami meninggal…..Alhamdulillah, Allah tidak duga saya dengan dugaan yg berat macam ni dan saya betul2 respect those who have faced all the difficulties but still managed to get their Phd.



Saya juga punya banyak masa untuk bereskan kerja2 Phd saya tepat pada waktunya. Perhatian saya cuma untuk seorang anak laki2 berusia 10 tahun (now dah masuk 13tahun). Saya tak ada baby yang akan kejutkan saya untuk bangun tukar lampin setiap malam dan buatkan susu. Itulah antara hikmahnya saya tidak diberi peluang untuk melebihkan zuriat saya, cuma seorang je cukup untuk saya dan suami. Alhamdulillah…justeru itu, saya betul2 respect those yang ada anak ramai tapi boleh bahagikan masa dan siapkan phd lebih awal.



Selain dari itu, Supervisor memang banyak membantu. Alhamdulillah, saya mempunyai 2 orang supervisors yang selalu efisyen dalam menyemak kerja-kerja saya. They all selalu mudah untuk saya refer bila2 masa je. Saya tak perlu menunggu lama untuk mendapat respons tentang hasil kerja-kerja saya. Selalunya 2 minggu saya akan dapat feedback untuk satu chapter yang saya submit. Kalau tak de respons lagi selepas 2 minggu, saya akan hantar emel or sms tanya bila boleh dapat feedback. Cuma tak tahan meeting selalunya 3 jam untuk setiap satu chapter, main SV, co-SV akan duduk sama2 dengan saya & go through word by word, line by line. Tapi itu semua untuk kebaikan saya. Saya amat hargai masa yang telah they all peruntukkan untuk saya. So, moral of the story setakat ni, pilih supervisor yang betul. (saya tidak berpeluang untuk memilih SV tapi university yang tetapkan, Alhamdulillah semua SVs saya ok). Doa dengan tuhan banyak-banyak untuk dptkan SV yang baik, committed and efficient. Ada kawan saya buat phd terumbang ambing, bukan dia tak buat kerja tapi supervisor tak mainkan peranan dan tak supportive langsung. Kesian. Tapi if telah ditakdirkan kita dpt SV yang problem, cuba untuk menangi hatinya dengan usaha dan kesungguhan kita menyiapkan kerja2 phd. Lama2 hati SV akan lembut dan impressed dengan kerja dan kesungguhan kita dan boleh cooperate. Ada kawan saya SV tak pedulikan sgt tapi mereka mampu siapkan kerja dgn baik dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. So, kalau dpt SV yang slow, jgn kita juga slow dalam menyiapkan kerja2 kita. Kalau dapat SV yang tak kisah & terlalu relax, jangan kita pun ikut relax sama. Buat kerja dan gunakan masa sepenuhnya, moral of the story, jgn selalu silapkan SV kalau kerja tak siap.



Alhamdulillah juga kerana sepanjang masa buat phd, kesihatan saya amat baik. Setelah 4 kali menjalani pembedahan (sebelum start Phd), saya dikurniakn kesihatan yang amat memuaskan sepanjang tempoh tesebut. Phd bukan saje memerlukan kuasa otak untuk berfikir tetapi juga tubuh badan yang betul2 sihat. Tambah2 lagi saya banyak buat field work, selalu ke hulu ke hilir jumpa orang, interview, attend workshop, distribute questionnaire etc.



Saya juga dipertemukan dengan orang2 yang baik, yang secara tak langsung memudahkan perjalanan phd saya. Ada responden yang selalu willing untuk share dan beri tunjuk ajar dlm practical area yang saya tak berapa faham, ada expert yang boleh ajar saya untuk analisa data, tapi of course saya invest banyak untuk semua ni dan segalanya memerlukan usaha keras. (tapi Alhamdulillah, saya dapat research grant sebanyak 2 kali sepanjang tempoh phd)



Phd masanya untuk kita kejar those people who can give input and contribute to the success of our thesis. So we have to be very humble. Kalau dulu student selalu respect kita, tapi time ni kita pulak yang jadi student. Kalau dulu kita boleh je mintak staff sokongan fotokopi ape je dokumen tapi time ni we must do it ourselves….Saya ingat pesan seorang Profesor, “Bila buat Phd, buang segala ego yang kita ada….belajar buat sendiri semua…” Sape kita untuk arahkan orang buat itu ini lagi kerana bila register sebagai student Phd, taraf kita cuma seorang student, tak lebih dari itu walaupun besar mana pangkat yang kita sandang sebelum tu. Saya dah lalui pengalaman menunggu selama 3-4 jam untuk berjumpa  dengan pegawai atasan polis dan senior judge. Bila jumpa, tak sampai 5 minit pun coz they have to rush for more important things to do. Hanya  untuk dpt kan sedikit info saya kena panjat tangga, jalan kaki dan berapa kali ulang  alik ke satu-satu tempat. Memang memenatkan, pernah interview saya dengan seorang responden di luar KL, start kul 8mlm tamat jam 11 malam. Those who have done fieldwork will understand better.



Saya juga ada teman-teman seperjuangan yang selalu support dan menjadi pendengar dan tempat rujukan bila saya mengalami kebuntuan. Paling saya hargai, ada pakcik teksi yang boleh hantar saya ke sana sini untuk interview respondents. Oleh kerana area yang saya buat ni tak banyak published  or written material, so saya kena conduct interview dengan experts untuk dapatkan material. Terkejar ke sana sini mencari info untuk mantapkan literature. Saya  sentiasa deal dengan respondents yang selalu hectic with their schedules so saya kena betul2 flexible and bersedia bila2 masa je untuk interview they all. Memang memenatkan. Pernah seorang responden setuju untuk diinterview jam 3pm, masa tu saya kat rumah lagi dan saya hanya ada masa setengah jam je untuk bersiap dan sampai ke ofis respondent tu. Dan dia siap bgtahu lagi, “if you cannot make it by today, u’ve to wait for another three months coz I’ll be away…” saya terus call pakcik teksi ni.  Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan saya dengan pakcik haji yang bawak teksi ni. Saya boleh call je dia and dia akan hantar saya kemana saya nak pergi. Bukan itu saje, dia akan tunggu saya dan caj pun tak mahal. (of course saya selalu bayar lebih...) Kalau tidak, terkial2 saya nak drive sorang2 untuk berjumpa dengan responden. Nanti problem nak cari parking lagi. Dah la saya ni jenis yang susah nak ingat direction, pergi la ulang alik dua tiga kali pun satu2 tempat tu, saya masih lupa jalannya. Sebut la highway mana  dlm KL ni yang saya tak pernah masuk coz sesat.    



Pernah sekali tu seorang responden mintak saya interview kat rumah coz dia  memang buat ofis dlm rumah dan staff semua cuti. Masa tu office hour, kawan2 semua ada hal…Saya heret mak saya sekali untuk temankan, takkan saya dengan respondent tu je, dia laki2 nanti tak elok pulak. Sampai tertidur mak saya menunggu….dan ada sekali tu seorang expert from US datang. Saya dah arrange untuk interview dia, tapi oleh kerana masa dia amat limited, dia pelawa saya naik teksi dengan dia ke KLIA. So sepanjang perjalanan dr Trade Hotel ke KLIA saya interview dalam teksi…Alhamdulillah, 45 minit saya dpt interview professor tu dan record perbualan dengan dia. Pengalaman lain yang paling mengharukan bila responden batalkan appointment last minute, dah sampai kat ofis dia, tetiba kensel, aduss…

Bila saya terima emel tentang tarikh viva saya, memang kelam kabut, rasa macam sesak nafas pun ada. Takut, semua terbayang di kepala saya…tidur pun terkebil2. Masa tu saya dah prepare slides power point siap2. Kawan2 yang dah dpt phd semua advise saya, bila dah submit, prepare terus slides, takut nanti they all bagi short notice untuk viva. Buat summary utk semua bab dalam thesis. Lepas tu praktis bercakap dan cuba predict soalan2 yang akan ditanya masa viva. 2 minggu before viva, saya asyik bercakap sorang2 masa drive dari rumah ke ofis, dr ofis balik rumah. Coz itu la masa yang terbaik untuk praktis bercakap, supaya nanti kita tak tergagap2 bila jawab soalan and bila present ke committee. Mujur la now, ada handphone yang boleh guna earphone masa bercakap. Orang kiri kanan tak kisah coz mungkin they all fikir saya sedang bercakap hp kalau tak sure they all ingat kan saya dah shock mana2 wayar….


Pagi sebelum masuk viva, saya dah tak boleh nak telan ape, cuma air je untuk basahkan tekak yang asyik kering. Nasib baik viva 9 pagi, kalau petang seksa la menahan rasa gundah gelana. Itu la rasanya perasaan paling takut yang pernah saya lalui selama hayat ni. Sepanjang masa pagi tu sebelum viva saya  cuma baca Rabbish rahlii dan selawat je banyak2….bila nama kena panggil, saya masuk beri salam dan dgn tenang saya present slides power points selama 20 minit. Alhamdulillah, tak de rasa gentar dan sy boleh explain semua points dlm kepala saya. Lepas tu external tanya, then internal, Alhamdulillah semuanya ok, itu semua berkat doa, solat hajat, bacaan yasin, selawat yang tak putus2 saya amalkan sepanjang hidup dengan Phd. Juga berkatnya doa family dan kawan2 yang senantiasa memberi support dan mendoakan kejayaan saya. Jutaan terima kasih untuk semua….

Bila committee umumkan keputusan viva, saya dah tak terkata ape2…Cuma Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…..masa tu saya dah tak boleh fikir ape, masa tu la baru sedar perut rasa lapar, mata rasa mengantuk dan badan rasa penat sgt coz tidur mlm tu asyik terjaga je….

Selesai viva, semua examiners, supervisors & committees congrat saya. Keluar je viva room, saya dah kalut call family khabarkan berita gembira. SMS dan incoming calls pun byk yang masuk, ucapan tahniah bertalu2 via sms dan juga fb. Masa tu jugak saya teringatkan arwah ayah, kalau dia ada, sure dia la antara org yang paling bahagia. Seperti bapa2 lain yang suka if anak2 mereka belajar tinggi2, arwah ayah saya juga macam tu….dulu masa saya dapat sambung belajar peringkat ijazah pertama, dia bahagia sangat. Lepas tu sambung master, dia lagi bahagia. Bila saya ditawarkan untuk sambung phd, suatu kepuasan tergambar di wajah nya yang tak pernah lekang dengan senyuman. Sayangnya, ketentuan Allah melebihi segalanya, ayah pergi sebelum sempat saya khabarkan berita yang paling mengembirakan ini. Semoga ruh ayah tenang di sana, amiin. Alfatihah untuk arwah ayah yang selalu menjadi sumber inspirasi untuk saya dalam perjuangan menimba ilmu. Nama arwah ayah tetap terukir dan mendahului senarai teratas dalam ruangan penghargaan pada tesis saya.

Apa yang nyata, proses Phd memerlukan fokus yang berpanjangan. Sesekali boleh take time off, pergi bercuti utk release tension tapi time kerja….jgn drag lama2 nanti mood hilang terus and susah nak start balik. Bila dah dpt momentum, terus je buat kerja. Phd betul2 menguji kesabaran, terima je ujian Allah…InsyaAllah, ada hikmah yang paling berharga buat kita. Title DR adalah hadiah yang paling bermakna. Doa saya dengan tuhan selepas lulus Phd semoga saya masih memiliki sifat terpuji dan rendah diri, jangan dirosakkan kejayaan ini dengan sifat ego dan meninggi diri. Dan juga jangan dilalaikan diri saya dengan secebis anugerah duniawi ini, saya pinta semoga ibadah saya tetap istiqamah seperti rutin selalunya. Sebelum viva, saya selalu janji dengan tuhan, rahsia kejayaan saya dan ilmu yang saya raih ini adalah untuk dikongsi bersama sebagai panduan dan kemudahan untuk semua yang masih dalam perjuangan mencari Phd. InsyaAllah, masa anda akan tiba jua suatu hari nanti. Jangan jemu dalam perjuangan ini, usaha dan solat hajat dan doa banyak2, itu senjata paling utama dan sejati. Wallahu’alam.




Thursday, 7 April 2011

AN

“Auntie, sihat ke? Cuti sekolah ni g mana…?” Satu sms yang aku terima pagi tu benar2  mengundang rasa sayu. Kegembiraan percutian di Melaka masa tu sedikit terusik.  Dah lama tak terima khabar berita darinya. Cepat2 aku balas, “Auntie tak g mane…An tengah buat ape tu?” tak sanggup aku kongsi ape yang aku sedang nikmati, bimbang jiwanya tercalar. “An pun tak g mana, abah taklih cuti, An tengah lipat kain…cuti sekolah ni An kerja kat cafĂ©  Cik Ngah.”
Aku sekadar mampu menarik nafas dan melepaskan satu keluhan yang panjang.  Anak berusia 13 tahun itu terlalu muda untuk melalui semua itu. Satu keakraban yang paling indah pernah aku kecapi bersamanya suatu masa dulu kini kian jauh dan pudar. Sejak lahir, An membesar bersama-sama anak lelakiku, K. Usia mereka sebaya cuma An 47 hari lebih dewasa. Akrabnya hubungan aku dan ibunya telah diwarisi oleh An dan K. Mesranya hubungan mereka sehingga pernah berkongsi jenama dan tin susu yang sama. Sejak lahir, banyak masa An habiskan bersama aku, K dan bibik. An anak yang cerdik dan keletah.
DIA ibu kepada An. Sahabat yang aku kenali sejak sekolah menengah lagi. Setiap hari di dearah itu lewat musim lalu, kami lalui rutin yang sama. Entah di mana silapnya, DIA yang telah lama aku kenali tiba2 berubah hati. Ada cinta baru katanya. Aku sedarkan DIA, jangan pergi sejauh itu, hargai lah apa yang ada…utk apa mengejar sesuatu yang masih belum pasti? Tapi pantas jawabnya, kebahagiaan yang baru itu lain, mampu mewarnai hari-harinya dengan pelangi yang indah. Aku terkesima.  Aku ulangi hujahku lagi, jgn terlalu yakin, apa DIA sanggup runtuhkan sebuah ikatan yang sudah harmoni hanya dengan satu sapaan mesra dari seorang lelaki yang entah dari mana, entah milik siapa. Tapi setiap kata-kataku disambut dengan sejuta alasan dan dengan yakin DIA tegaskan kebahagiaan menantinya di sana. Biarpun terpaksa berkongsi kasih, DIA nekad, minta dilepaskan dan bersedia meninggalkan ikatan dengan suami dan anak-anak sebagai sejarah. Alangkah mudahnya….
Aku kehilangan kata-kata. Suaminya pun habis ikhtiar. DIA dilepaskan dengan keterpaksaan dan bersyarat: anak-anak ikut suami. Dengan mudah DIA bersetuju dan pergi bersama lelaki  baru itu sebagai yang muda dan kedua, bukan yang pertama. Deritanya melihat renungan sayu mata An saat itu, tuhan saja yang maha tahu. Anak itu persis meronta-ronta memanggil aku untuk sama-sama menyelesaikan kekusutan itu. An kebingungan dalam ketegangan dan cuba memahami apa yang berlaku. Pada redup mata anak kecil itu terpampang sejuta kekecewaan dan kehampaan. Apa dayaku…Maafkan auntie An, ibumu terlalu dewasa untuk berfikir dan auntie tak mampu menahan takdir yang berlaku. Aku sayu melihat jiwa An tercalar. Untuk seketika, anak kecil itu tidak selincah dulu. Renungannya bisu dan hatinya meratap sayu melihat pemergian insan yang dipanggil ibu sepantas itu. Hanya pelukan seorang ayah yang mampu meredakan tangisan dan esakannya. Mudahnya kebahagiaan yang dikecapinya diragut pergi pada usia seawal itu. Kasih yang tinggal cuma pada seorang ayah. Sesungguhnya itu saja pilihan yang An ada. 
Selepas aku berhijrah ke tempat baru, hubungan kami agak renggang. Dengan himpitan tugasan kerja yang agak rancak, aku jarang hubungi DIA. An meneruskan hidup bersama ayah dan menumpang kasih nenek. Pernah juga ayah An mengukir cinta baru tapi ikatan itu tak panjang. Dengan senang perempuan itu memberi alasan sukar memikul tanggungjwb sebagai ibu tiri. Payah untuk aku menterjemahkan alasan itu, kerana An yang aku kenali sejak kecil tidak banyak kerenah dan tidak menyusahkan. An ditinggalkan ketika kehausan kasih sayang seorang ibu baru saja terubat.  
Sekali sekala bila terkenangkan An, ada rindu dan sebak yang mencengkam di dada. Anak itu dewasa dalam kehausan kasih sayang seorang ibu. Aku kesal kerana dengan satu keputusan dan satu langkah saja boleh mengubah bentuk dan corak kehidupannya. Dan sejak keterasingan itu, aku tidak pernah lupa menitipkan hadiah pada setiap hari ulangtahun An. Itu sudah cukup membuatkan dia rasa bahagia, bisik nenek An kepada ku. Ya Allah, bimbinglah An ke jalanMu yang sempurna, anak itu terlalu tidak berdosa untuk disentap kebahagiaannya. Semoga hidupnya sentiasa dlindungi rahmat dan Nur Mu sentiasa…amiin.

Monday, 4 April 2011

Cerita Kakak ku

Aku cuma ada dua orang kakak. Yg sulung namanya Huhuhu. Yg sorang lagi namanya Hahaha. Aku takde benda nak cerita sgt tentang kakak sulung, Huhuhu. Yg aku tahu dari kecik, semua orang cakap lemah lembut dgn dia. Fizikalnya pun dia ni memang lemah lembut, sopan santun, ckp tak banyak. So aku pun seperti sudah diajar, ckp dgn dia ni dgn tonasi nya agak lemah gemalai. Mak tak pernah marah dia. Pujiii je memanjang.  Ayat mak yang standard, “Ramai2 anak, kak Huhu yang paling berjurus sekali..”. Memang dia anak yang baik sejak kecik tak pernah menjawab mulut mak. Bukan macam aku dgn kak Haha.
Jarak umur yang agak tak berbeza sgt mungkin salah satu sebab Huhu dan Haha agak rapat, sekolah rendah pun sama. Huhu dan Haha selalu pakai baju sedondon masa kecik2 dulu….aku je yg lain sikit coz aku takde pair dgn sape2. Mungkin sebab susah nak cari saiz yang sama coz aku kecik skit compare dgn they all berdua.
Kakakku Huhu ni nak sama dengan muka aku. Org kampung selalu kompius aku dgn dia. Sama ke? Rasa macam tak de la sgt cuma kulit we all agak putih la…dia ni selalu ajar aku tentang kebersihan, kekemasan.  Dia memang very particular, disiplin dan teramatla rajin study. Aku pernah tgk dia rendam kaki dalam basin yang dipenuhi air sambil study utk elakkan dr mengantuk. Kalau aku, mengantuk je ambik bantal terus tidur. Itu lagi best.  Buku Sains tingkatan lima dia khatam berkali2, aku sekali pun tak abis. Satu jasanya yang paling aku ingat, dia pernah ajar aku baca doa takbiratul ihram sampai aku lancar masa mula2 belajar solat dulu.
Tapi aku ada banyak citer fasal Haha. Dia ni memang gedebe sejak kecil lagi. Ape yang aku ingat, muka dia dr kecik tak pernah nak senyum. Masam je macam nak tumbuk org. Memang tepat la anak buah aku kata muka dia sama mcm Saudin jahat kat sekolah dia bila tgk gambar Haha masa kecik. (hehe, jgn marah ye Saudin…sape Saudin ni tak tahu…). Haha selalu gaduh dgn aku masa kecik. Siap tendang2 & tumbuk2 lagi. Selalu kalau aku menangis dia sure kena marah walaupun bukan dia yang buat coz org tahu dia selalu buat aku sakit.
Ada sekali tu, kakak sulungku Huhu citer, Haha pernah naik atas belakang kambing. Hah? Macamane tu? Dia keliling tiang sambil pejam mata kat sekolah. Kambing pun sedang lari keliling tiang yang sama jugak. Pusing punya pusing, kadang2 dia depan kambing, kadang2 kambing depan dia. Last2 masa dia lari sambil lompat, terlompat atas belakang kambing, so sama2 keliling tiang dgn dia atas belakang kambing. Kak Huhu siap demonstrate lagi ke aku mcmane Haha keliling tiang dgn kambing masa tu. Takde keje la tu sementara tunggu bas sekolah dtg.
Paling ganas, Haha pernah mengamuk sampai semua org kampung dtg tgk. Aku terkezut sgt2, pagi tu aku baru bgn tidur. Parents aku nak g kl, hantar cousin nak belajar kat over c. So dia tinggal kami adik beradik dengan atuk & nenek. Aku pun sedih jugak coz kena tinggal tapi aku tak jadi menangis bila tengok Haha menangis dan mengamuk bagai nak rak. Dia start dengan koyak tikar…satu tikar mengkuang yang besar tu berkecai. (rasanya ada dah pengganti hak sorang tu…) Ganas betul la. Lepas tu dia lari ke arah fridge nenek. Aku ingat nak bukak fridge ambik air coz dah letih melalak. Rupa2 nya dia nak terbalikkan peti ais tu. Hua hua hua…memang lucu sgt adegan tu. Fridge tu agak besar, bila dah tak boleh terbalikkan dia siap bergantung lagi kat handle fridge tu, masa tu combi a.k.a Kelly Klarksome, big sis, abang Y dan abang V berlari sampai kecik kepala, pakat2 pegang fridge, takut fridge tu timpa atas dia, hehe boleh jadi arwah masa tu coz fridge tu besar gedabak &berat.
Tapi dlm ganas2 dia pun, Haha ni memang cendewan kalamemey. Asal tgk drama je soksek soksek. Aku pun tak faham kat mana yang syahdu sgtnya. Tgk citer kartun pun dia boleh menangis. Ada sekali tu aku tengok drama cina bersiri yg petang2 kat tv3 tu. Drama tu pulak takde sub-title pun. Satu adegan yg bagi aku takdela sedih sgtnya.  Dia boleh menangis sungguh2 dan siap buat andaian skrip sendiri ape pelakon yang menangis tu kata. Aku tak faham betul la pompuan sorang ni. Buat abis air mata je. Bukannya faham pun.
Bab-bab penakut pun bagi kat dia. Dari sekecik2 serangga sebesar kekabur dan lipas tu semua dia jadi hysteria bila nampak dua ekor ni. Aku dgn kak Huhu selalu usik dia dengan pepatung & belalang kecik-kecik dulu. Aku ingat lagi dia lompat ke atas belakang ayah bila nampak pacat masa sedang mandi kat telaga nenek. Nasib baik dgn ayah2 sekali tak jatuh coz terkejut. Masa we all g melawat tanah kebun getah nenek kat Bukit Bentung, Pahang, dia suruh ayah kendong dia atas belakang ayah masa naik bukit coz dia takut pacat. Aku pun geli jugak kat pacat tapi aku jalan kaki je. Ayah layan je, siyan ayah dah la berat coz dia dah besar dan tinggi, darjah 6 dah masa tu…kaki pun rapat ke tanah bila ayah kendong dia.
Tapi dia ni hatinya tersangat lembut. Masa tengok persembahan nasyid oleh anak2 yatim pun dia boleh menangis. Sedih tengok muka anak2 yatim tu dia kata. Bab2 ni dia memag boleh puji. Selalu mudah nak tolong org, kalau aku susah pun dia selalu rela hati offer bantuan. Terima kasih kakak ku Haha. (uhuk huk terharu la pulak….)
Cuma ape yang aku taklih lupa, masa kecik2 dia selalu buli aku. Selalu kalau aku beli or lukis ape2, dia akan kata “tak cantik pun…, tak hebat pun….” Now pun dia masih macam tu. Sampai aku selalu fobia nak beli barang dan tunjuk ke dia. Lebih2 lagi kalau barang tu mahal. Setiap kali nak bayar kat kaunter, bila aku bagi duit nak bayar ke cashier, aku terbayang Haha akan juihkan mulut ke aku sambil kata “tak cantik….” Sebab tu aku lebih suka ajak dia teman aku shopping. Senang mintak idea dia dan aku pun tak rasa cognitive dissonance lepas beli barang tu. Tapi tu lah, ape yang pasti kalau keluar shopping dgn dia, duit aku akan habis licin. Semua dia promote aku suruh beli mengalahkan promoter shopping kompleks. Power betul la ayat dia, sama dgn ayat kawan ayah aku “Sekali sekala beli takpe beli, acap2 berdosa…” hmmm, ye la sgt tu…




BRAHIM

Sebelum ni, aku asyik tulis citer pilu dan syahdu je. Nanti followers (ramai ke  follower sebenarnya…?) asyik sedih dan sayu je bila baca blog aku. Now, aku lakarkan citer lucu pulak. Masa kejadian ni baru berlaku, aku asyik gelak je bila teringat, tapi now dah x larat nak gelak dah.

Mlm tu aku nak travel. Barang2 tak abis lagi beli…biasala aku last minute. Ada je barang yang kena beli di saat akhir….tgk dlm list semua dah beli kecuali produk makanan segera BRAHIM. Masa lunch kat Mid Valley tghari tu, aku terus lari ke Carefour. Flight malam, so aku ada beberapa jam lagi kena cari benda ni. Masuk je Carefour, aku pegi bahagian makanan, jumpa dgn promoter cina kat bahagian makanan segera, tanpa buang masa aku terus tanya, “mana Brahim?” dia tgk ke aku atas bawah dan geleng2 kepala sambil jwb "tak tau." Eii…sombongnye, malas aku nak layan, masa pun dah tak banyak nak gaduh dgn dia. Masa aku tgh cari, tetiba aku nampak seorang kakak montel ni sedang duduk sambil susun barang2 kat bahagian makanan. Aku pun jln cepat2 ke arah dia dan dengan lajunya aku tanya,

“Kak, Brahim mana?”

Dia senyum lebar tgk ke muka aku. Pelik jugak, nape mesra sgt kakak montel ni, takde komedi pun pada soalan aku tadi. Lepas tu dia kata dlm pelat sabah or indon,

“Yang kerjanyaaaa dekaaat sekuriti itu ya?”

“Hah?? Sape kerja kat sekuriti kak…??” Aku dah start blurr mcm biasa.

“Berahim la…” dia sergah aku sambil gelak2.

Aku pun gelak lagi kuat dari dia….memang taklih tahan, nasib baik aku sorang2, kalau ada geng gelak sama2 mahu terkucil dah aku kat situ. Nasib baik kakak montel tu tak marah ke aku gelak kuat kat dia. Bila tengok aku gelak, dia terus kata,
“O, bukan yang itu ya…? maaf, saya tak kenal, saya baru kerja…”

Aku dah tahan lagi, aku tinggalkan kakak montel tu dan tak jadi beli Brahim. Yg aku ingat, sepanjang perjalanan keluar dari Carefour ke parking kereta kat basement Mid Valley tu, aku jln cepat2 sambil tangan tutup mulut coz tahan ketawa. Semua orang yang nampak aku pandang aku semacam je….masuk dlm kereta aku gelak sorang2. Nasib baik org tak nampak. Masa tu baru aku dpt jawapannya nape promoter cina tadi sombong sgt dengan aku. Dlm hati mungkin dia kata, “Mana aku kenal Berahim tu sape!”

Aku ingat kejadian ni tamat kat situ. Rupa2 nya kisah yang sama berulang kembali. Masa nak travel lagi lepas tu, aku nak cari Brahim lagi. Kali ni aku ke Cold Storage Subang Parade. Aku dah tak nak kena mcm kat Mid Valley dulu lagi. Aku dah susun ayat elok2 cara nak tanya dan taklih bercakap laju sgt. Kalau boleh aku tak nak tanya pun, nak cuba jugak cari sampai jumpa. Masuk Cold Storage, puas aku cari tapi tak jumpa. Last2 aku terpaksa tanya jugak seorang promoter lelaki muda ni.

“Dik, ada tak produk makanan segera Brahim?” Dia termenung seketika dan terus sengih kat aku sambil jawab dalam pelat Kelantan yang amat pekat,

“Heh..? sapo heh kak? Tok kena tu sayo kak weh…hok sayo tahu takdok pung hok namo begheheng kkijo ssini….”

Aduh….siyannya ke adik ni. Rasanya soalan aku tadi jelas dan tepat. Kali ni aku dah boleh control, tak gelak dah cuma senyum je. Dgn sabar aku expain kat dia,

“Dik, Brahim ni bukey oghey. Produk makaney segegho, kalu nok makey kito ppanah dulu…”

Dgn suara yang kuat sambil ketawa dia jawab,

“La…..saya mati2 ingat ko oghey kak weh…”

Lepas tu dia gelak2…..masa aku tolak trolley nak g bayar ke kaunter, dia masih gelak lagi dengan kawan dia. Banyak kali dia duk ulang “mung tahu dok, aku mati2 duk ingat ko Brahim tu oghey…”

Dulu produk Brahim memang amat terkenal, now dah ada lagi produk makanan segera yang lain seperti Alif, Madam Sal. Aku rasa nama2 produk baru ni pun ada jugak yang nak kena mcm pengalaman aku ni….So, moral of story, hati2 bila bertanya, jgn ingat org yang kita tanya tu faham ape yang kita maksudkan….:)



Wednesday, 30 March 2011

PERTEMUAN  SINGKAT DENGAN SEORANG TEMAN BAIK YANG BARU DIKENALI

Kesiannya…itu je yg dpt saya lafaz kan berkali-kali bila dengar cerita dia. Ada riak sayu pada matanya semasa dia bercerita tentang sejarah perit hidupnya. Masa dia kata, “sedih ingat kisah susah di masa lalu….”, saya tak sanggup lagi tanya ape2 walaupun  ikutkan hati mahu saje saya mintak dia ceritakan satu persatu. Cukuplah penderitaan yang dia tanggung. Saya tak mahu menyentap selera makan tengaharinya dengan mengorek kisah silam yang penuh dengan kepahitan. Dia masih muda, tapi bicaranya penuh kedewasaan. Pada masa itu jugak terdetik di fikiran saya, mana-mana lelaki yang sudi menyapa hatinya pasti tidak akan sukar membentuknya untuk menjadi seorang isteri yang baik & taat pada suami kerana pintanya tak banyak. Dia cuma perlukan teman dan kasih sayang yang telah hilang di awal usia remajanya.

“Mak saya meninggal masa saya di tingkatan dua….” Tenang dia mengukir kata-kata.

Masa tu mak umur 49 tahun, demam biasa je. Saya anak ketiga dari 10 org adik beradik, ada dua orang kakak dan tujuh orang adik lelaki yang masih belajar. Paling kecik umur lima tahun…..”

Kening saya mula berkerut menahan rasa simpati, cuba membayangkan sukarnya dia melalui takdir itu. Dan dia sambung lagi,

“Bila mak meninggal, ayah mengalami kemurungan yang panjang. Dia selalu bercakap sorang-orang, masih tak dapat melupakan arwah mak. Ayah jugak ikut jejak mak, meninggal dunia tak lama lepas tu. Saya dan adik-adik bahagi2 tinggal dengan kakak. Tapi kakak2 pun bukan org senang. Arwah ayah dan mak tak tinggal ape2 utk kami adik beradik. Ayah nelayan je dan mak mengajar ngaji quran kanak2 kat kg…” Laju je tutur katanya seperti tiada kepayahan pun di situ, sempat lagi dia senyum lebar di akhir percakapannya.

“…tapi Alhamdulillah, saya diberi anugerah sedikit kepandaian dlm pelajaran, lepas SPM saya dpt masuk matrik. 2 minggu lepas register & kelas bermula, saya terpaksa ponteng kuliah untuk habiskan kerja sambilan yang saya lakukan sebelum menerima tawaran ke universiti,. Kalau tak sambung kerja sampai akhir bulan, saya tak dpt gaji untuk belanja di universiti…”

Sedihnya….namun berkat kesabaran dan ketekunannya menimba ilmu pengetahuan, dia sekarang selesa dengan kedudukannya. Memegang jawatan sebagai guru di salah sebuah sekolah termuka, memiliki sebuah kereta yang memudahkan dia bergerak ke sana sini sudah cukup melegakan. Lebih dari itu, dia  sedang bertungkus lumus menghabiskan pengajian peringkat sarjana separuh masa.

Saya kagum, betul2 kagum dengan semangat yang dia ada. Itu lah, dalam hidup ni, kita sebenarnya tak punya banyak alasan untuk berusaha mengukir kejayaan. Cuba bandingkan, sukarnya jalan yang dia lalui dengan kemewahan yang kita kecapi. Alhamdulillah, takdir tuhan sememangnya adil. Syukurlah dengan ape yang kita ada. Rezeki masing-masing sudah menanti walaupun jalan menuju kearahnya mungkin berbeza-beza. Ada orang tak perlu susah untuk mendapatkan sesuatu. Sebut je dah ada depan mata. Ada orang kena usaha sikit baru lah dapat. Ada org kena susah payah baru boleh merasa. Semua itu ada hikmah di sebaliknya. Justeru kita jangan bangga dengan ape yang kita ada kerana semua itu milik tuhan, sekelip mata segalanya boleh diragut dari kehidupan kita…

Di akhir perbualan, saya cuma mampu tinggalkan doa utk dia, semoga berjaya dan diberikan jalan kemudahan.  Dia menyatakan rasa bahagia dapat berkongsi kisah hidupnya dengan saya. Saya juga mengucapkan syukur kepada tuhan kerana mempertemukan saya dgn dia, mendengar ceritanya yang sarat dengan keperitan sungguh menyedarkan saya betapa saya sebenarnya terkadang alpa dengan rezki dan rahmat tuhan buat saya. Terima kasih ya Allah. Jadikan aku dari golongan hamba2 Mu yang mensyukuri nikmat mu…amiiin.  

Wednesday, 23 March 2011

JASA AYAH YANG TIDAK TERNILAI

Maksud hadith Rasulullah: “Apabila seorang anak Adam meninggal maka terputuslah amalnya kecuali kerana tiga perkara:
1. Sedekah jariyah,
2. Ilmu yang bermanfaat, atau
3. Anak soleh yang mendoakannya”
–HR Muslim
Setiap kali terbayang pada arwah ayah, aku selalu teringat pengertian hadith di atas. Rasanya ayah memenuhi hampir semua kriteria yang disebut dalam hadith ni.
Pertama: sedekah jariah.
Sepanjang ingatan aku, ayah memang suka bersedekah. Kalau aku ikut ayah ke Kota Bharu, ayah selalu bagi duit pada pengemis a.k.a tok pakir. Dulu, Bandar Kota Bharu ramai sgt tok pakir. Aku takut betul kat they all ni coz bg aku tok pakir tu sama ertinya dgn org gila dan kalau yang perempuan tuanya pulak aku selalu ingatkan nenek kebayan. Selalunya they all ni berbaju lusuh dan agak tua.
Selain dari itu, ayah selalu bagi derma baju sekolah dan buku-buku kepada murid-murid yang susah dan tak mampu. Masa tu ayah bertugas sebagai guru besar di Sekolah kebangsaan Paloh Pintu Geng, Sekolah ni merupakan sekolah pertama aku. Masa umur 6 tahun ayah dah bawak aku masuk darjah satu. Keadaan sekolah ni masa tu amat dhaif. Tandas pun takde, hehe aku selalu buang air kecil dalam semak je. Nasib baik paip air dah ada. Yang kelakarnya masa darjah satu aku pernah sakit perut dan terbuang air besar, cirit. Aku bukannya reti nak basuh sendiri, kesian rosnani, kawan aku anak razak banggali yg jual roti dengan basikal tu, kena tolong cebok aku. Malunya bila ingat kisah dulu…Tak lama lepas tu baru ada tandas yang sempurna. Murid-murid kat sekolah tu memang dari keluarga miskin. Boleh dikatakan 95% ibubapa terdiri dari penoreh getah dan petani. Aku ingat lagi ayah selalu tolong keluarga Sabri Deraman, satu kelas dengan aku. Sedih sangat bila terkenangkan keluarga dia ni. Rumah dia betul-betul dalam hutan tepi sekolah. Bila mak dan ayah dia keluar g menoreh, kat rumah cuma tinggal adik perempuan umur 5 tahun, lepas tu ada lagi pulak adik dia yang kecik berumur 3 tahun. So yang 5 tahun akan jaga yang umur 3 tahun tu. Siyannya…Aku selalu dengar ayah duk citer ke mami, ayah simpati sangat2. Aku pulak selalu bangga bila tengok Sabri Deraman bawak beg sekolah yg kak Huhu dan kak Haha dah pakai, ayah  yang bagi. Baju2 pun ada jugak ayah bagi kat dia. Masa tu aku tak reti nak simpati lagi, tambah2 aku pulak anak guru besar. Tak de siapa pun berani kacau atau cuit aku. Ish, spoil jugak aku waktu tu…Yg aku tahu pagi2 sebelum g sekolah, if mood aku tak elok, aku akan mengamuk, kena pulak kuih utk brekfes tak kena dengan selera aku, lagi aku mengamuk. Bukan mengamuk teruk pun, setakat tarik muncung dan jawab acuh tak acuh je bila mami tanya. Ayah tak pernah kata ape pun bila aku buat perangai. Habuan yang aku dpt masa mengamuk selalunya datang dari mami. Habis biru paha aku kena cubit.  Sakit wei!!! aik, dah lari topic la pulak. Sambung citer ayah balik…, pagi2 on the way nak g sekolah, ayah selalu berhenti kereta ambik murid2 yang kena berjalan kaki ke sekolah. Balik dari sekolah pun macam tu jugak, kereta Fiat putih ayah, DA 938 tu memang selalu sendat dgn murid2 sekolah. Aku kadang2 rimas jugak. Ei, terukla aku waktu tu. Tak reti menilai erti kesusahan dan keperitan yang mereka lalui. Yang aku tahu, turun dari kereta ayah yang angkat beg sekolah aku ke kelas, alasannya berat dan aku malas nak bawak. Bila balik pun, ayah yang akan angkut beg ke kereta. Ish, memang menyampah sgt kat aku sendiri bila aku ingat balik.
Ape yang nyata, ayah memang suka tolong org, tak kira la org susah or org yang dalam kesusahan. Ayah tolong tanpa cakap banyak. Kawan2 aku selalu puji, “ayah awak baik sgt ...” aku ingat lagi masa nak isi borang application masuk uia. Ada 3 org kawan aku tumpang kereta ayah dari sekolah ke pos ofis. Ayah tolong they all isi borang mana yang tak lengkap, (borang aku ayah dah isi siap2 lagi kat rumah, tulisan ayah cantik sgt…) Ayah jugak tolong they all tulis address kat envelope termasuk wang pos pun ayah yang bayar semua. Kawan-kawan aku rasa terhutang budi sgt pada ayah waktu tu.
Kedua: Ilmu yang bermanfaat
Sebagai guru, ayah selalu bagi nasihat pada murid-murid. Dalam banyak-banyak nasihat, aku selalu teringat 3 pesanan ayah. Ayah tak de la cakap direct dgn aku, tapi aku selalu dengar bila ayah sembang dgn kawan2 dia atau dgn mami. (1) kita kena selalu bersabar, tuhan tu selalu dgn org2 yang bersabar. (2)  kalau kita mintak ape2 tapi tuhan tak bagi, kita jgn kecewa atau marah kerana mungkin tuhan akan bagi benda lain yang lebih elok lagi atau tuhan akan bagi apa yang kita mintak tu kepada anak dan cucu kita besok. (3) kalau kita jadi guru, jgn tengking, marah or cakap benda2 yang tak elok pada anak2 murid, kerana anak2 murid kita mungkin akan jadi orang yang lebih berpangkat dari kita suatu hari nanti.
3 pesanan ayah ni lekat kat kepala aku sampai hari ni. Aku selalu pesan pada diri aku untuk bersabar menempuh ape jua cabaran dalam hidup ni. Then, aku selalu cuba untuk tidak berputus asa bila doa aku tidak disahut tuhan kerana aku tahu tuhan maha adil dan maha mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. (sori, bkn nak memuji diri sendiri tapi cuba apply ilmu yg ayah pesan…) And now, bila aku dah jadi pendidik, aku cuba untuk memberikan yang terbaik untuk anak2 murid aku walaupun tidak sebaik ayah.
Ketiga: anak yang soleh
Aku bukan nak mengaku aku ni anak yang soleh tapi jasa ayah kerana hantar aku belajar di sekolah agama tidak ternilai harganya. Alhamdulillah…aku syukur sgt2. Sekurang-kurangnya, aku ada basic ilmu agama dan faham bila aku baca kitab Allah – al-Quran. Ingat lagi ayah bagitahu mami, sekurang2 nya bila aku sekolah agama, aku boleh baca yasin dengan betul bila they all meninggal dunia nanti. Now, setiap kali teringatkan arwah ayah, aku akan hadiahkan bacaan yasin selain dari rutin setiap malam jumaat. Tiapkali lepas solat fardhu dan sunat, aku selalu doakan supaya tuhan jadikan aku anak yang soleh supaya doa aku sampai kepada ayah di sana. Amiiin.